10-10-10 sayuran yang sihat
Top 10 Senarai Sayur-Sayuran Yang Sihat
dari>> http://go-go-healthy.blogspot.com/2011/07/top-10-senarai-sayur-sayuran-yang-sihat.html
Sayur-sayuran yang sihat boleh
membantu kita semua menurunkan berat badan, melawan penyakit dan menjadikan kita
lebih sihat. BAGAIMANA KITA TAHU? Ini dibuktikan ramai penyelidik berkata
begitu!
Senang... Anda hanya perlu
memilih 5 atau 6 jenis sayuran dari senarai sayur-sayuran sihat di bawah
nanti.
MENGAPA KITA PERLU MAKAN 5 @ 6
JENIS SAYUR-SAYURAN?
Kerana semua orang, dari
golongan kaum ibu dan ahli-ahli sains terkemuka dunia sentiasa memberitahu kita
untuk makan lebih banyak sayur-sayuran setiap hari. Walau bagaimanapun, majoriti
penduduk di dunia tidak makan lebih dari 3 jenis sayur-sayuran setiap hari,
tidak seperti yang disyorkan perlu makan sekurang-kurangnya 5 atau lebih
sayur-sayuran.
Top 10 Senarai Sayur-Sayuran
Yang Sihat
Kita tahu kebanyakan
sayur-sayuran mengandungi kalori yang rendah dan nutrisi yang tinggi. Tetapi Top
10 Senarai Sayur-Sayuran yang saya berikan adalah yang terbaik daripada jenis
sayuran yang lain. Jadi, anda boleh mula menambah sekurang-kurangnya 5 atau 6
pilihan dari senarai di bawah:
1. Sayur-sayuran
Cruciferous. Sayuran ini dipenuhi dengan anti-penuaan, menlindungi dari
kanser, meningkatkan imun fitonutrien, vitamin C & K, potassium, kalsium,
zat besi dan asid folik. Senarai di bawah adalah sayuran jenis Cruciferous yang
paling berkhasiat untuk dimakan mentah, kukus dan digoreng seperti
Brokoli, Cauliflower, Brussels
sprouts, Kubis hijau @ merah.
2. Lobak merah(carrots).
Ia menbantu melindungi daripada kanser dan meningkatkan penglihatan dengan tahap
paling tinggi karotenoid dan vitamin A. Lobak merah juga merupakan sumber
vitamin B, C, K, Serat(apabila dimakan mentah), Kalium, Magnesium dan Folat.
Dengan memarut lobak merah ke dalam salad atau makan anak lobak secara mentah
sebagai makanan ringan.
3. Sayur-sayuran yang berdaun
hijau gelap. Sayur jenis ini boleh dikukus atau digunakan dalam sup, cili,
casseroles atau dimasak secara kacau-goreng(stir-fried). Salad daun hijau &
merah adalah paling berkhasiat untuk dimakan secara mentah yang boleh dimasukkan
ke dalam salad dan sandwic anda. Ia mengandungi jumlah yang tinggi dalam zat
besi, kalium, kalsium, magnesium, karotenoid dan vitamin B, C, E, & K. Ianya
seperti Kale, Bayam, Swiss Chard, Sayur Collard, Herba Pasli, Salad merah &
hijau, Mustard dan Sayur-sayuran lobak.
4. Tomato. Ia
mengandungi karotenoid lycopene dan vitamin C yang tinggi dan sangat baik
dimasukkan ke dalam sandwic, salad, sup dan sos pasta anda.
5. Kacang dan Peas. Ia
mengandungi protien yang lebih tinggi daripada sayur-sayuran yang lain. Kacang
dan peas boleh dimakan secara kukus atau mentah. Kacang dan peas juga
mengandungi serat, folat, kalsium, zat besi, magnesium dan kalium. Ia boleh
dicampur ke dalam sup, salad, sos pasta, dan dimakan terus pun boleh. Contohnya
seperti Peas, Lentils, Soya, Lima Bean, Kidney Bean, Garbanzo Bean dan kekacang
yang lain.
6. Asparagus. Ia adalah
sumber yang sangat baik dalam serat, vitamin A, C, K dan B kompleks terutamanya
B6 dan folik. Asparagus hanya mempunyai 4 kalori per tangkai dan ia boleh
dikukus dan membantu mengurangkan berat badan, radang dan
kemurungan.
7. Makanan Allium.
Contohnya seperti bawang putih dan bawang besar. Ia paling dikenali dengan
sifat-sifat antibiotik semulajadi dan boleh membantu meningkatkan imuniti,
mengurangkan keradangan dan jangkitan. Makanan Allium yang saya senaraikan lepas
ini adalah yang paling berkhasiat untuk dimakan mentah dalam salad dan juga
hebat untuk perasa bnyak hidangan yang dimasak. Contohnya Sayur Bawang, Bawang
Merah, Scallions dan Bawang Putih.
8. Ubi Keledek dan
keladi. Ia sangat kaya dengan karotenoid, vitamin A, B6, C, kalium,zat besi
dan serat. Ubi keledek dan keladi sangat sedap apabila dibakar dan dimakan
biasa(tanpa menggunakan mentega) atau dimasukkan ke dalam sup, casseroles dan
dimasak secara kacau-goreng(stir-fries).
9. Lada Loceng(Bell
Peppers). Ia adalh sumber kalium, serat, magnesium dan vitamin A, B, C, dan
K. Lada manis ini adalah sangat sesuai untuk tambahan rasa kepda salad dan
dimasak dengan makanan makanan secara kacau-goreng(stir-fried). Anda boleh
memilih lada loceng dari pelbagai warna seperti Hijau, Kuning, Jingga dan
Merah.
10. Buah Labu(Skuasy). Ia
kaya dengan karotenoid, vitamin A dan C, kalium, magnesium dan serat. Skuasy
boleh dihidangkan bersendirian atau ditambah kepada banyak
hidangan.
Anda boleh mulakan pemakanan
anda setiap hari dengan menambah sayur-sayuran yang telah disenaraikan seperti
diatas. Anda boleh makan sebahagian besar daripada sayur tesebut secara mentah,
sebagai snek, ulam, dikukus atau sebagai hidangan utama, menambah ke dalam sup,
salad, dan casseroles. Kemudian nikmati hidangan yang paling sihat dalam hidup
anda. :-)
Top 10 Makanan Pembakar Lemak Untuk Mengurangkan Berat Badan
Jadi apakah makanan pembakar
lemak yang terbaik untuk menurunkan berat badan?
Herba istimewa(special herb),
rempah ratus atau kafein bancuhan(caffeine concoctions seperti teh dan kopi)
sering kali dianggap sebagai makanan pembakar lemak. Makanan pembakar lemak yang
terbaik adalah ia dapat mempercepatkan metabolisme anda untuk mengurangkan berat
badan serta membantu anda membina otot dan kekal sihat. Metabolisme boleh
menukarkan makanan yang anda makan menjadi tenaga yang anda perlukan untuk
melakukan semua aktiviti yang anda lakukan. Daripada itu, makanan pembakar lemak
akan mempercepatkan metabolisme dalam badan untuk mengurangkan berat badan dan
ia menghasilkan tenaga yang tinggi untuk pembakaran kalori dalam badan anda.
Mari kita lihat dibawah ini:
Top 10 Makanan Pembakar Lemak Untuk Mengurangkan Berat Badan
1.Yogurt Rendah Lemak.
Yogurt rendah lemak adalah sumber yang baik dan sihat dari segi protien dan kalsium. Ia terbukti boleh mempercepatkan metabolisme badan. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak boleh kehilangan 2 kali lebih cepat mengurangkan berat badan. Ini disebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya 1,200mg kalsium sehari berbanding dengan orang yang kurang mendapat kalsium.
2.Omega 3 Ikan.
Ia merupakan sumber protien yang sangat baik dan juga boleh mengurangkan berat badan. Omega 3 asid lemak juga dapat membantu membakar kalori dan menurunkan selera makan.
3.Makanan Kekacang(Soy Foods).
Contohnya Edamame dan tauhu adalah makanan protien yang sihat dan membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan peratusan lemak badan anda.
4.Daging Yang Tidak Berlemak.
Lemak pada daging itik dan ayam mesti dibuang, contohnya membuang dahulu kulit pada daging sebelum dimasak. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak kerana tubuh anda menggunakan lebih banyak kalori untuk mencerna. Hanya pastikan anda sentiasa memilih dada ayam tanpa berkulit untuk hasil yang terbaik.
5.Telur.
Telur juga merupakan sumber protien yang seimbang yang sangat baik untuk membantu anda membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot anda semasa anda kehilangan berat badan.
6.Cuka.
Ia menggunakan asid untuk membantu badan anda memecahkan lemak yang berlebihan.
7.Buah-Buahan Jenis Limau.
Buah-buahan jenis limau terbukti untuk membantu meningkatkan tahap insulin dalam badan untuk membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi yang membantu mengurangkan berat badan anda.
8.Cili.
Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya. Ia merupakan makanan pembakar lemak yang boleh meningkatkan metabolisme anda dan membantu membakar kalori.
9.Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Yang Sihat.
Anda boleh rujuk Top 10 Senarai Sayur-Sayuran Yang Sihat dan Top 10 Senarai Buah-Buahan Yang Sihat. Minum bayak air juga boleh menbantu membakar lemak dan menurunkan BMI anda.
10.Bijirin.
Membantu memelihara kadar insulin yang rendah untuk meningkatkan metabolisme anda selepas anda makan. Tetapi, pastikan ddiri anda menjauhi daripada bijirin yang telah ditapis kerana ia boleh menyebabkan kadar metabolisme anda menjadi lambat dan membuatkan badan anda mula menyimpan lemak.

0 comments:
Post a Comment